Tuesday, 20 October 2015

SECEBIS PENGENALAN

Secebis Pengenalan Tentang Diri


Nama diberi Muhammad Fairuz Bin Saribudin anak kedua daripada 7 orang adik beradik. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Ayah dan Ibu tercinta Saribudin bin Hassan dan Kamariah binti Hj Mahfudz di sekitar daerah Alor Setar.

Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Keb Tunku Abdul Halim Alor Setar kemudian ketika berumur 10 tahun saya telah dimasukkan ke Maahad Tahfiz Al Quran Derga Alor Setar (MTQD), Kedah. Kemudian  berpindah ke Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Kg. Melele Kodiang Kedah pada umur 16 tahun. Menyelesaikan pengajian saya hingga ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini, kemudian melanjutkan pula pelajaran ke peringkat diploma di KUSZA, gong Badak, Terengganu dalam bidang Rekabentuk Industri. kemudian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor dalam bidang yang sama di peringkat ijazah pula. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang terlibat semoga hidup ustaz-ustaz, guru-guru, pensyarah-pensyarah semua diberkati dan jasa baik anda dibalas dengan sebaik-baiknya oleh Alllah swt,

Selepas tamat pengajian di UTM saya berkelana ke Selangor mencari rezeki dan sehingga tahun 2018 sudah lebih kurang 5 tahun saya di Selangor. Karier saya bermula sebagai seorang Draughtman di sebuah kilang perabot (katil dan kerusi kulit) di Teluk Gong, Klang, kemudian bertukar angin dan berpindah ke Kota Damansara dan bekerja sebagai seorang Produk Designer di sebuah syarikat membekal produk sanitarywares. Dan yang terkini bekerja sebagai Jurutera Pengeluaran di sebuah syarikat pembuatan perabot besi di Rawang Selangor. Kemudian berkahwin pada Mei 2018.

Tujuan penulisan blog ini hanyalah untuk berkongsi pendapat tentang perkara-perkara yang biasa saya lakukan setiap hari berkaitan pengurusan pengeluaran (production management) dan kawalan pengeluaran (production control) terutamanya yang membabitkan pekerja melayu yang mana saya berharap pekongsian yang sedikit ini mungkin dapat dimanfaatkan. Selain itu, jika ada sebarang cadangan atau pendapat bagi penambahbaikan amatlah dialu-alukan.

Terima Kasih


No comments:

Post a Comment