Wednesday, 19 September 2018

Pekerja Melayu, Apa Permasalahannya.?

     Baru-baru ini saya ada menghadiri sebuah bengkel penyediaan standard bagi pelbagai jenis perabot yang akan digunakan oleh jabatan-jabatan kerajaan di FRIM, Gombak. Bagi pengeluar perabot logam ada 3 syarikat yang hadir termasuk kami dan semuanya bumiputra. Biasanya selepas habis satu sesi kami akan mengambil masa rehat tersebut berbual dan bertanya khabar. Oleh kerana hubungan kami sebagai pesaing maka banyaklah kami tahu tentang masing-masing.

     Ketika sedang makan tengahari, ada satu soalan telah ditanyakan kepada saya oleh salah sorang peserta:
"Pekerja operator ramai melayu ka foreigner?"
"Kami pekerja semua melayu, dulu ada myanmar 8-9 orang tapi dah hantar balik dah" jawab saya ringkas.
"Sebab apa hantar balik?" tanya mereka kehairanan.
"Sebab nak cut cost la myanmar kan mahal sikit, sekarang kerja pun slow." jelas saya.
"Melayu korang bayar berapa?" Tanya mereka lagi.
"Biasa la. RM1000. Gaji minimum. Kenapa?" saya meminta penjelasan.
"Depa mau no RM1000. Kat tempat kami pekerja melayu mintak mahal. RM1200. Lepas tu kalau dah masuk, biasanya sat ja lepas tu berenti. " Mereka mengeluh.
"Ada rumah flat tak kat situ?" saya cuba mencari punca.
"Tak ada. Area rumah kampung kat situ."
"Oh! Patut pun." saya angguk faham.
"Budak melayu area tu (Teluk Panglima Garang) pantang kalau dengar KLIA nak ambik pekerja. Memang kebanyakan melayu kerja sana." Mereka membuat hipotesis.
"Sekarang operator semua foreigner. Melayu ada tapi leader-leader ja la." Tambah beliau.
Saya angguk faham.

     Kemudian selepas sembahyang zohor ada satu lagi peserta lain bertanyakan soalan yang sama. Sama juga jawapan saya. Semua melayu, gaji RM1000. Peserta ini pun memberi jawapan yang sama jugak. Pekerja melayu mintak gaji RM1200, kerja sekejap saja lepas tu berenti. Sekarang syarikat beliau hanya menggunakan pekerja dari Bangladesh seramai 10 orang. Itu pun asalnya yang datang 20 orang,

     Kisah di atas hanya sebahagian dari keluhan pemilik syarikat tentang pekerja melayu. Di kawasan saya pula iaitu di kawasan Rawang, ada satu lagi syarikat yang juga syarikat bumiputra dari industri yang sama, lain pula ceritanya. Pekerja melayu di syarikat beliau dikatakan suka tidur dan mencuri.

     Jika ditanyakan kepada saya, sebagai salah satu dari syarikat dari industri yang sama, sudah tentu mengalami masalah yang sama juga. Bahkan mungkin lebih teruk lagi kerana syarikat saya mempunyai 35 orang pekerja melayu bahkan pernah memcecah 50 orang ketika waktu sibuk. Tetapi jika saya diberi pilihan untuk memilih antara 50 orang pekerja melayu dan 50 orang pekerja warga asing, siapakah pilihan saya?. Jawapan saya berdasarkan pengalaman saya sekarang ini tentulah orang melayu. Kenapa? sebab memang ada banyak sebab yang akan dibincangkan nanti.

Tuesday, 20 October 2015

SECEBIS PENGENALAN

Secebis Pengenalan Tentang Diri


Nama diberi Muhammad Fairuz Bin Saribudin anak kedua daripada 7 orang adik beradik. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Ayah dan Ibu tercinta Saribudin bin Hassan dan Kamariah binti Hj Mahfudz di sekitar daerah Alor Setar.

Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Keb Tunku Abdul Halim Alor Setar kemudian ketika berumur 10 tahun saya telah dimasukkan ke Maahad Tahfiz Al Quran Derga Alor Setar (MTQD), Kedah. Kemudian  berpindah ke Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Kg. Melele Kodiang Kedah pada umur 16 tahun. Menyelesaikan pengajian saya hingga ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini, kemudian melanjutkan pula pelajaran ke peringkat diploma di KUSZA, gong Badak, Terengganu dalam bidang Rekabentuk Industri. kemudian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor dalam bidang yang sama di peringkat ijazah pula. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang terlibat semoga hidup ustaz-ustaz, guru-guru, pensyarah-pensyarah semua diberkati dan jasa baik anda dibalas dengan sebaik-baiknya oleh Alllah swt,

Selepas tamat pengajian di UTM saya berkelana ke Selangor mencari rezeki dan sehingga tahun 2018 sudah lebih kurang 5 tahun saya di Selangor. Karier saya bermula sebagai seorang Draughtman di sebuah kilang perabot (katil dan kerusi kulit) di Teluk Gong, Klang, kemudian bertukar angin dan berpindah ke Kota Damansara dan bekerja sebagai seorang Produk Designer di sebuah syarikat membekal produk sanitarywares. Dan yang terkini bekerja sebagai Jurutera Pengeluaran di sebuah syarikat pembuatan perabot besi di Rawang Selangor. Kemudian berkahwin pada Mei 2018.

Tujuan penulisan blog ini hanyalah untuk berkongsi pendapat tentang perkara-perkara yang biasa saya lakukan setiap hari berkaitan pengurusan pengeluaran (production management) dan kawalan pengeluaran (production control) terutamanya yang membabitkan pekerja melayu yang mana saya berharap pekongsian yang sedikit ini mungkin dapat dimanfaatkan. Selain itu, jika ada sebarang cadangan atau pendapat bagi penambahbaikan amatlah dialu-alukan.

Terima Kasih